USAHAWAN DI MALAYSIA

10 Orang Usahawan Yang Berjaya Dalam Bidang Pertanian

 1. Mohd Shah Usahawan Tani Nanas Berjaya Di Usia Muda





Nama                                          :  Mohd Shah Bin Dasin
Umur                                           : 32 tahun
No Tel                                         : 013-7629416
Tempat Kelahiran                         : Muar, Johor
Alamat Rumah                             : SBK 59, Kg Sg Balang Kecil Darat, Muar, Johor.
Status                                          : Bujang
Tempoh mengusahakan Nanas     : Daripada tahun 2003
Keluasan                                     : 50 ekar
Jenis Nanas Ditanam                   : Moris dan Josapine
Lokasi Kebun                             : Kampung Sg Balang Darat, Muar, Johor.
Pemilikan Tanah                          : Pajakan/sendiri
Hasil Se-Ekar                             : RM 9,600/musim
Bilangan Pekerja                         : 5 orang
Pasaran Hasil                              : Peraih
Modal Awal                                : Sendiri dan LPNM
Perancangan Akan Datang          : Meluaskan lagi kawasan tanaman nanas dan membuat produk berasaskan nanas.


Walaupun kejayaan yang diperolehnya telah memberikan pendapatan yang tinggi, Mohd Dasim yang kini menjengah usia 32 tahun tetap memilih untuk hidup secara sederhana. Di atas rasa tanggungjawab terhadap kampung kelahirannya itu, beliau telah membuka peluang pekerjaan kepada para penduduk kampung untuk sama-sama mengusahakan kebun nanasnya. Dengan jumlah pekerja tetapnya adalah sebanyak lima orang, anak muda hitam manis itu sentiasa mengalu-alukan para penduduk kampung untuk bekerja di kebunnyna secara sambilan. Katanya, dia meletakkan hasrat untuk meluaskan lagi tanaman nanasnya itu memandangkan permintaan terhadap buah yang ditanam di tanah gambut itu sentiasa mendapat sambutan. Menerusi keuntungan yang diperoleh dari tahun ke tahun, beliau secara bijak mengaturkan perniagaan taninya itu dan dia kini mempunyai tanah seluas 10 ekar miliknya sendiri.

Buat ketika ini, beliau turut menyewa tanah milik orang kampung di kawasan seluas 20 ekar bagi menjalankan penanaman nanasnya dan dia kini dalam perancangan untuk menambah 14 ekar lagi. Berkat usaha gigihnya yang tidak mahu mengenal erti jemu, beliau berjaya mengeluarkan keluarganya daripada kepompong kemiskinan di samping membantu membuka peluang ekonomi di Kampung Balang Kecil. Menyedari pentingnya kepelbagaian untuk mengukuhkan ekonomi, beliau mempelbagaikan kegiatan pertaniannya dengan menjalankan penternakan lembu serta penanaman pokok pisang.

Mohd Shah nyata seorang pemuda yang istimewa kerana pemikirannya yang kreatif dan jauh ke hadapan membolehkannya memperoleh pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada penebar roti canai di Kuala Lumpur. Pada usia yang cukup muda, beliau bijak mengambil peluang untuk mengusahakan tanaman nanas secara komersial walaupun ramai pihak yang sangsi pada mulanya.

"Saya berasa bertuah kerana dapat melakukan apa yang saya minat namun saya sentiasa berpegang kepada pepatah 'bukan senang nak senang'.

"Oleh kerana itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan komited untuk mengusahakan tanaman nanas ini hingga berjaya," katanya.






2. Rusila Yusof Usahawan Tani Cendawan Yg Berjaya Di Usia Muda



Nama                       : Rusila Yusof
Tarikh Lahir              : 21 Jun 1981
Negeri Kelahiran      :Terengganu

Latarbelakang Akademik:
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian dalam bidang Teknologi Kimia (UKM) tahun 2003 dan Sarjana Sains Kimia (UKM) pada 2007.

Berhasrat untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya dalam bidang cendawan. Bukan hanya setakat menjadi penanam cendawan, tetapi meluaskan skop dengan meneroka pelbagai bidang yang berkaitan dengannya.

Lain-lain:
- Mengikuti Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu di bawah anjuran TPU, UPM
- Mengikuti Kursus Skim Usahawan Komersial Tani Siswazah di bawah anjuran BPM
- Mengikuti Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Duriopark Agro Trading

Pengalaman:
- Dijemput oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai panel di dalam Seminar Siswazah Tani Nasional 2008
- Penceramah bagi kursus penanaman cendawan anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat, Koleh Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.
- Menjadi penceramah jemputan bagi kursus penanaman cendawan yang dianjurkan oleh pihak swasta yang lain.
- Penulis buku Buat Duit Dengan Cendawan terbitan PTS Publication



3. Faiza Bawumi Sayed Ahmad Usahawan Makanan.






Nama : Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan

Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.

Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya.
Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.

Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.

Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.


4. Syed Osman Usahawan baja kimia dan organik



Nama : Syed Osman bin Syed Rashtan (Sidi Oraza)
Umur : 46 Tahun
Asal : Ayer Itam, Penang, Malaysia
Jawatan : Pengerusi Eksekutif Diversatech (M) Sdn Bhd

Berbekalkan modal RM6,000 pemberian ibunya, Allahyarhamah Syarifah Zarojarn Syed Azgkhar hasil penjualan rumah mereka, bekas pengarah dan pelakon terkenal sekitar 1990-an, Sidi Oraza memulakan perniagaan mengeluarkan dan memasarkan baja kimia dan organik.

Perniagaan yang dimulakan Sidi atau nama sebenarnya, Syed Osman Syed Rastan, 46, menerusi syarikat yang ditubuhkannya sejak 13 tahun lalu, iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd, terus berkembang dengan pasaran bukan saja di Malaysia malah luar negara seperti Indonesia dan di Asia Barat. Dorongan abangnya, Prof Madya Dr Syed Omar yang juga pakar dalam bidang pertanian membuka laluan untuk menceburi bidang pengilangan dan pemasaran baja.

Beliau mengakui terpaksa melalui pelbagai ranjau sebelum mengecapi apa yang ada sekarang, terutama ketika kegawatan ekonomi sekitar pertengahan 1990-an. Bagaimanapun, berpegang kepada prinsip 'usaha adalah tangga kejayaan' dan sentiasa ingat kepada Allah membolehkan beliau mengharungi semua ranjau itu.
Bermula dengan satu produk baja dedaun dikenali sebagai Vita Grow Plus, kini Diversatech yang mempunyai kilang untuk memproses dan mengeluarkan baja di Semenyih sudah mengeluar dan memasarkan enam produk.Malah, syarikat itu turut menubuhkan tiga anak syarikat pemasaran iaitu Peladang Tech (M) Sdn Bhd, Perintis Pelangi dan SPPM Diversa Sdn Bhd.

Produk keluaran syarikat beliau turut memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Reka Cipta dan Inovasi anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi produk Vita Grow pada 2001, Anugerah Reka Cipta dan Inovasi UPM serta Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa Geneva bagi produk Zappa pada 2002.


5. Mohd Zalalnudin Usahawan Ikan Arowana.




Nama : Mohd. Zalalnudin Latipi
Umur : 31tahun
Perniagaan : Ternakan Ikan Kelisa


SEBAGAI seorang saintis yang mengkaji kehidupan flora dan fauna menjadi titik tolak kepada Mohd. Zalalnudin Latipi, 31, membuka sebuah kedai menjual spesies ikan terancam kelisa atau juga dikenali sebagai arowana. Demi minatnya yang berputik sejak kecil Mohd. Zalalnudin nekad meninggalkan jawatannya sebagai seorang saintis. Minatnya kian bercambah apabila beliau berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sosiologi Pemuliharaan di Universiti Malaysia Sabah. Ikan kelisa kepada Mohd. Zalalnudin bukan sekadar ikan hiasan malah kepada mereka yang tahu menilainya, ia boleh menjadi sumber pendapatan.Harganya mampu mencecah ribuan ribu ringgit selain ia digemari oleh kaum Cina di negara ini yang dipercayai membawa tuah kepada pemiliknya. Namun Mohd. Zalalnudin tidak menyangka hobinya yang suka memelihara ikan itu mampu memberikannya sumber pendapatan tetap kepadanya. "Dulu saya hanya bela ikan ini di rumah dan saya ada tujuh akuarium di rumah untuk mengisi ikan-ikan ini. "Namun pada tahun 2005 saya mengambil keputusan untuk berhenti sebagai seorang saintis kerana mahu melibatkan diri secara serius dalam perniagaan menjual ikan kelisa," katanya. Mohd. Zalalnudin tidak menyangka, kedai yang baru dibukanya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat malah ikan kelisa juga mendapat permintaan daripada orang Melayu. "Selain orang Cina, orang Melayu juga menunjukkan minat terhadap ikan ini dan sanggup membelinya walaupun pada harga yang mahal. "Mereka yang datang ke kedai ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata mahu melihat kecantikan dan kelicikan ikan kelisa," katanya. Menyentuh penjagaan ikan kelisa, beliau memberitahu, tidak susah untuk membelanya tetapi perlu memastikan air yang digunakan dicampurkan dengan ubat antiklorin. "Antiklorin perlu dicampurkan mengikut sukatan yang ditetapkan selain memberi makanan kepada ikan mengikut waktu.


MOHD. ZALALNUDIN menunjukkan buku berkaitan ikan kelisa kepada pelanggan di kedainya, Star Arowana, di Jalan Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
"Ikan ini kebiasaannya makan sejenis ulat yang banyak dijual di pasaran. Lipas dan cengkerik juga boleh diberi tapi lebih baik beli sahaja di pasaran kerana ditakuti serangga ini membawa racun dan mati jika memakannya," katanya. Jelasnya, bagi memenuhi permintaan ikan kelisa di kedainya itu, beliau telah membeli dua buah kolam ikan kelisa di Bukit Merah, Perak. "Kebanyakan ikan-ikan yang ada di kedai di bawa dari sana dan kita akan pilih ikan-ikan terbaik sebelum dipamerkan di kedai bagi menarik minat orang ramai," katanya. Di kedainya terdapat lebih 200 ekor ikan kelisa pelbagai variasi seperti Malaysia Gold Cross Back Golden Arowana, Malaysia Super Red Arowana, Indonesia Chili Red dan sebagainya. Lebih istimewa, harga ikan kelisa semakin meningkat jika ikan itu kian membesar. "Bagi saya ikan ini memang membawa tuah kepada pemiliknya. "Ikan ini juga tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui cara-cara penjagaan ikan kelisa mereka boleh datang terus ke kedai saya," katanya. Bagi mereka yang ingin melihat ikan-ikan yang dijual di kedai Mohd. Zalalnudin, kedainya itu terletak di Star Arowana World di Jalan Seberang Perak, Alor Setar.




6. SHAIFUL HIZAM Usahawan Madu Lebah.




Nama : Shaiful Hizam
Umur : 30 tahun
Perniagaan : Hasilkan Madu Lebah


SHAIFUL HIZAM menunjukkan koloni lebah yang diusahakan di ladang Carambola Bee Farm yang terdapat di beberapa tempat seperti Semenyih, Selangor dan Parit Sikom, Simpang Renggam, Johor.
TIGA tahun lalu, Shaiful Hizam Harman pernah berkobar-kobar untuk menternak burung walit. Namun, hasratnya terbantut apabila dia kekurangan maklumat mengenai penternakan haiwan itu. Ternyata ada hikmah di sebalik semua itu, kerana selepas puas berfikir dia kemudian memilih untuk menternak lebah madu. “Sekitar 2007, memang saya terfikir untuk masuk dalam industri pemakanan kerana saya sendiri merupakan pengusaha gimnasium yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Saya lihat masyarakat moden hari ini lebih menitik beratkan pemakanan mereka. “Bagaimanapun ia terpaksa dilupakan kerana selain kekurangan maklumat, saya mendapati permintaan untuk sarang burung itu pun lebih menjurus kepada pasaran China,” katanya.

Permintaan tinggi Namun begitu, tidak lama selepas itu dia teringat tentang khasiat madu seperti yang pernah dibacanya dalam hadis Rasulullah. “Saya mula membuat kajian tentang tawaran dan permintaan madu di seluruh dunia. Saya baca laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Australia, Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya. Kebanyakannya mendedahkan permintaan madu dari luar negara sangat tinggi sedangkan pengeluaran bahan itu sangat kurang. “Seperkara lagi, modal yang diperlukan untuk memulakan industri lebah madu masih kecil iaitu kira-kira RM12,000 berbanding RM250,000 untuk industri sarang burung walit,” katanya. Selama setahun, Shaiful mula melihat laman-laman web dan belajar mengenai lebah menerusi video YouTube selain melawat beberapa ladang lebah madu di sekitar Selangor.

Hari ini, usahawan muda itu mampu meraih pendapatan kira-kira RM8,000 sebulan melalui lima kotak atau koloni lebah yang dihuni oleh 70,000 ekor lebah bagi setiap kotak. Lebah bersifat sensitif  “Tidak susah untuk memulakan industri lebah madu. Ia boleh dibuat di belakang rumah atau ditumpang di kebun buah-buahan. Risikonya kurang kerana jika satu koloni lebah diserang penyakit seperti bakteria atau fungus, ia tidak berjangkit kepada koloni yang lain,” katanya. Pada pendapat beliau, lebah bersifat sensitif, amat mengenang jasa dan setia kepada tuan yang memeliharanya. “Saya pernah berhadapan dengan kesulitan kewangan pada awal tahun 2009. Apa yang saya buat tidak menjadi. Saya duduk di hadapan kotak-kotak lebah saya dan menceritakan masalah saya. Saya meminta lebah-lebah ini keluar untuk mendatangkan madu dengan jumlah yang banyak,” katanya. Beliau hampir menitiskan air mata apabila doanya dimakbulkan Allah, dengan lebah-lebahnya mengeluarkan berkilogram madu. “Saya hanya berada di kawasan ternakan lebah dua atau tiga kali seminggu. Tetapi mungkin lebih kerap jika perlu menguruskan pemindahan lebah ke tempat baru. Sekali
pergi saya akan berada untuk tempoh sejam atau dua bagi menguruskan semua koloni lebah,” katanya.

Beliau berharap orang ramai agar membuka mata terhadap industri yang amat berpotensi itu. Di Malaysia, madu yang terhasil menerusi kerajinan lebah mencari manisan daripada pokok gelam, akasia (sejenis pokok kayu balak), nanas dan belimbing, mempunyai bau yang lebih kuat. Ia menyamai madu dari New Zealand yang terhasil daripada lebah-lebah yang terbang mencari manisan dari pokok manuka. Pada masa ini, Shaiful hanya menjual madu yang dibotolkan dengan jenama Madu Tree secara dalam talian pada harga RM44 bagi 500 gram berbanding RM98 (500 gram) madu yang diimport.



7. Mohamed Ismail Jaafar Usahawan Orkid


Nama : Mohamed Ismail Jaafar
Umur : 35 tahun
Perniagaan : Tanaman Bunga Orkid



MOHAMED Ismail Jaafar kini menanam 10,000 pohon orkid daripada lapan jenis terpilih di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, Kluang. Penggemar orkid yang ingin mendapatkan benih terbaik boleh berkunjung ke Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, dekat sini.

Projek pertanian itu yang telah mengadakan ekspo baru-baru ini, memberikan peluang kepada pengunjung melihat kegiatan 30 usahawan yang mengusahakan pelbagai tanaman dan ternakan. Antara yang menarik dikunjungi adalah tanaman orkid. Di kawasan seluas 4,000 hektar itu, terdapat 10 pengusaha tanaman orkid yang menanam pelbagai jenis orkid bermutu. Salah seorang pengusaha orkid terkenal di situ Mohamed Ismail Jaafar, 46, berkata, di kebun orkid yang diusahakannya, pelbagai spesies orkid dipamerkan. "Dengan keluasan itu saya kini menanam lapan jenis orkid terpilih dengan 10,000 pohon orkid.

8.  Che Azmi Bin Che Mahmood Usahawan Peladang Jaya





Nama : Che Azmi Bin Che Mahmood
Umur : 49 tahun
Perniagaan :
 -Tanaman Mangga
 -Ternakan udang galah
 - Ternakan Ikan Air Tawar



Encik Che Azmi Bin Che Mahmood, berusia 49 tahun adalah seorang anggota polis berpangkat Inspektor berasal dari Negeri Kelantan dan kini beliau dan keluarganya menetap di Sri Manjong, Perak. Minatnya didalam projek tanaman mangga ini bermula sejak 18 tahun yang lalu dengan permulaan tanaman seluas 20 ekar di Lekir, Sitiawan, Perak sehinggalah membawa kepada persaraan awal beliau sebagai anggota polis.
Walaubagaimanapun 10 tahun kemudian beliau telah memindahkan projek tersebut ke Kampung Permatang, Sri Manjung diatas tanah milik sendiri seluas 4 ekar dan tanah wakaf milik Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) seluas 16 ekar. Pihak JAIP telah memberikan hak menyewa tanah tersebut selama 30 tahun dengan kadar sewa sebanyak 10% daripada keuntungan bersih projek. Sewa dibayar kepada Masjid Nurul Hidayah, Sri Manjong dan sehingga kini beliau telah mengusahakan tanah tersebut selama 14 tahun.
Hasil usaha beliau ternyata berjaya memberikan pulangan yang lumayan iaitu 240 tan metrik buah mangga yang bernilai RM360,000 dengan keuntungan bersih RM300,000 setahun. Beliau seorang yang berpandangan jauh dan yakin dengan kejayaan yang bakal diperolehi dengan usaha yang dijalankan dalam bidang pertanian. Lokasi tanaman mangga di Lekir telah digantikan dengan projek ternakan udang galah. Kesungguhan beliau mengusahakan projek ternakan udang galah tersebut terbukti kejayaannya sehingga dinobatkan sebagai Usahawan Ikan Jaya Kebangsaan Tahun 2001. Beliau mengusahakan sebanyak 18 buah kolam dengan purata hasil sebanyak 18 metrik tan bernilai RM540,000 dan pendapatan bersih RM270,000 setahun.
Sebahagian perbelanjaan projek ternakan udang galah ini dibiayai dibawah Program Pembangunan Usahawan Peladang, Lembaga Pertubuhan Peladang sebanyak RM50,000. Setelah mempunyai pasaran yang kukuh, beliau telah membesarkan lagi projek tanaman mangga tersebut di 2 buah lokasi, iaitu di Changkat Tin seluas 650 ekar dan Tronoh Mine seluas 146 ekar. Tanah tersebut disewa secara pajakan daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dengan kadar sewaan sejumlah RM5,000/ekar selama 60 tahun. Disamping mengusahakan projek sendiri, beliau turut membantu melahirkan usahawan-usahawan peladang yang berminat mengusahakan projek tanaman mangga menerusi program mentor mentee.
Di Changkat Tin, beliau telah mengadakan usahasama dengan SADC menganjurkan program mentor mentee dimana tanah seluas 150 ekar telah ditanam dengan tanaman mangga yang melibatkan seramai 30 orang mentee. Disamping itu, tanah milik beliau sendiri seluas 50 ekar juga telah ditanam dengan mangga.
Sementara itu tanah seluas 60 ekar di Tronoh Mine juga telah dibangunkan dibawah program mentor mentee dengan PPK Manjung Selatan. Ia diusahakan dengan tanaman mangga sejak 2 tahun lalu melibatkan 10 orang mentee. Dengan dibantu oleh seramai 5 orang pekerja tetap, beliau mampu menguruskan ladang mangganya dengan baik sehingga berjaya mendapatkan pensijilan Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM).
Setiap tahun mangga beliau mengeluarkan hasil bermula bulan Mei hingga November. Secara purata, bagi setiap musim beliau mampu meraih hasil hingga 30 m/tan bagi setiap ekar. Kebanyakan hasil dipasarkan secara kontrak pemasaran dengan FAMA pada harga antara RM1.80/kg hingga RM2.60/kg bagi gred A dan B. Manakala bagi gred C adalah untuk dijual kepada pemborong di Kuala Lumpur dan sekitar Negeri Perak pada harga antara RM1 – RM1.50/kg.
Disamping tanaman mangga, beliau turut manfaatkan sepenuhnya kegunaan tanah tersebut dengan mengusahakan ternakan ikan air tawar seperti tongsan, kap rumput, tilapia hitam dan lampam di tasik yang sedia ada dikawasan tersebut secara usahasama dengan pihak swasta. Bagi setiap pusingan beliau akan menternak 60,000 ekor tongsan, 10,000 ekor kap rumput, 20,000 ekor lampam dan tilapia hitam membiak secara semulajadi. Dengan kadar kematian sebanyak 20% beliau berupaya memperolehi hasil bersih sebanyak RM240,000 bagi ikan tongsan, RM96,000 bagi ikan kap rumput dan RM16,000 bagi ikan lampam, manakala ikan tilapia hitam dijual dengan harga RM1.10/kg.


9. Johnny Usahawan Nata de coco


Nama : Johnny
Umur : 48 tahun
Perniagaan :
- Menghasilkan produk minuman daripada kelapa(Nata de coco)




10 . Jurifah Kadis Usahawan Bahulu

Nama : Jurifah Kadis
Umur : 43 tahun
Perniagaan :
- Menghasilkan Produk makanan dari bahan pertanian (Bahulu)



Seorang bekas pegawai sebuah bank di ibu negara, Jurifah Kadis, 43, sangat meminati baulu gulung namun agak sukar baginya memperoleh kuih tradisional itu di pasaran. Kesukaran itu akhirnya mendatangkan idea kepadanya untuk mempelajari cara-cara membuat baulu hingga mendorongnya menjalankan perniagaan dengan jenama 'Baulu Classiq' dengan modal permulaan sebanyak RM15,000. Dia kemudian mengambil keputusan berhenti kerja makan gaji dan menjalankan perniagaan itu secara sepenuh masa. Dalam tempoh 10 tahun, Jurifah tidak menyangka perniagaan hasil titik peluhnya itu mendatangkan pulangan lumayan dan kepayahan tersebut dibalas apabila dinobatkan sebagai pemenang utama pada Pertandingan Usahawan Jaya 2009/2010 (Kategori RM250,000). Dia menerima wang tunai RM3,000, trofi kristal dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum pada Seminar Usahawan Industri Asas Tani 2010 di sini semalam. "Dalam menjana perniagaan, saya juga berbesar hati kerana AgroBank (dulu dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia) banyak memberi laluan mudah kepada saya untuk membuat pinjaman. "Pada masa sama, dalam tempoh sebulan sahaja, saya berjaya mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata Jurifah yang menekankan bahawa memperoleh sijil halal adalah penting bagi meyakinkan para pengguna.

1 comment:

  1. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Glory Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete