Friday 17 May 2013

SKOP PRODUCTION SDN BHD







Skop Production Sdn. Bhd. (136716 W)
Address:65-2 Jalan 3/23A Taman Danau Kota Off Jalan Genting Klang , 53100,Kuala Lumpur
Phone No:+603 - 4143 9825
Fax No:+603 - 4143 9827
   
Contact Person:ACP (K) Datuk Yusof Haslam
E-mail:dyhaslam@yahoo.com
Website:www.skop.com.my
Services:Film Producer                                                                                                            

JenisSyarikat persendirian
IndustriFilem dan drama
Ditubuhkan1990
Ibu pejabatDanau Kota, Kuala Lumpur, Malaysia


Produkperfileman
rancangan televisyen


CEO



BIODATA CEO

Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan
penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon
Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd

Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato' Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Datin Fatimah Ismail. Anak-anak beliau ialah Mohd Faizal,Mohd Shamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq

Permulaan berkecimpung dalam bidang perfileman.

beliau mula berkecimpung dalam bidang perfileman pada tahun 1972 dalam usia 17 tahun. beliau terlibat sebagai pelakon tambahan selama dua tahun di Studio Merdeka. Ketika itu filem masih dalam hitam putih. Pada tahun 1974 dengan Shaw Brothers, beliau mendapat peluang untuk berlakon secara serius dan filem pertama bertajuk " Permintaan Terakhir" bersama dengan Uji Rashid. Pada usia awal 20an pula beliau berlakon dalam beberapa buah filem antaranya ialah "Jiwa Remaja" dan "Cinta dan Lagu." Pada tahun 1978, Encik Aimi Jarr telah membawa beliau berjumpa dengan Datuk Jins Shamsudin dan mendapat peranan dalam filem "Tiada Esok Bagimu". Pada tahun 1979 pula beliau telah berlakon dalam filem "Jejak Bertapak".

Namun hakikatnya nama Yusof Haslam hanya mula menonjol selepas membintangi filem Permintaan Terakhir pada 1974 bersama Uji Rashid dan Sony Abdullah arahan Datuk Jamil Sulong, selain filem P Ramlee dan ramai lagi sebagai watak sampingan. Sebelum menjadi
Datuk Yusuf Haslam : pengarah dan penerbit filem yang digelar "The Million Dollar Film Maker" gigih menghasilkan filem komersial dan semakin segak nampaknya. Hampir kesemua filemnya di pawagam berjaya mencecah angka juta ringgit. Dengan tidak bersekolah tinggi, Datuk Yusuf Haslam mencipta fenomena baru dalam industri filem Melayu apabila setiap filem


Filem pertama arahan Datuk Yusof Haslam

beliau telah menghasilkan hampir 20 buah filem hasil karya beliau sendiri. Filem pertama yang dihasilkan ialah "Bayangan Maut" pada tahun 1990. Antara pelakon yang turut menjayakan filem tersebut ialah Ella, Norkumalasari, Sabree Fadzil dan beliau sendiri. Filem ini juga telah membuka tirai bagi beliau dalam dunia perfileman.

patriotik dan drama yang diterbitkan cenderung kearah kepolisan.

beliau berminat dengan ’cerita beruniform’ dan siri TV yang diminati ketika itu seperti "Combat", "TJ Hookers" dan lain-lain. Di negara kita terdapat banyak drama yang dihasilkan tetapi tidak ada yang bersiri seperti demikian. Walaupun beliau tidak pernah berlakon menjadi polis, sebenarnya beliau pernah bercita-cita menjadi inspektor polis tetapi tidak kesampaian. Tambahan pula, kawan beliau, seorang anggota polis menyarankan agar diterbitkan filem corak kepolisan dan beliau yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut turut membantu. beliau telah berkecimpung dalam menerbitkan drama TV selama 20 tahun bermula dalam tahun 1985 dan skop kepolisan itu telah menjadi paksi dalam drama terbitan beliau, walaupun cerita drama itu pada asasnya bercorak kekeluargaan atau cinta.

PRODUK


1.Bayangan Maut (1991) - Kutipan mencecah RM1 juta. Menampilkan Yusof Haslam dan Noorkumalasari.
2.Pemburu Bayang (1993) - Kutipan RM1.8 juta. Pelakon utama ialah Awie dan Ella.
3.Sembilu (1994) - RM4.2 juta, pelakonnya Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.
4.Sembilu II (1995) - RM6.3 juta, mengekalkan pelakon yang sama dalam Sembilu.
5.Maria Mariana (1996) - Menampilkan Erra Fazira dan Ziana Zain.
6.Maria Mariana II (1998) - Mendapat RM3.2 juta di pawagam.
7.Bara (1999) - Awie dan Nasha Aziz bergandingan dalam filem ini.
8.Pasrah (2000) - Erra Fazira dan Norman Hakim berlakon dalam filem ini.
9.Gerak Khas The Movie (2001) - Filem bercorak kepolisan
10.Gerak Khas The Movie II (2002) - kutipan lebih kurang RM 3 juta
11.Janji Diana (2003) - RM 2.3 juta, menampilkan Rosyam Nor dan Erra Fazira
12.GK3 The Movie (2005) - Pelakonnya ialah Norman Hakim dan Abby Abadi
13.Filem Sembilu 2005 - Memperkenalkan Vince dan Hetty Sarlene serta pendatang baru Irwan Suhaimi


Anugerah dan
Pengiktirafan

Pengarah dan penerbit yang mempopularkan siri bercorak kepolisan tempatan ini mendapat pengiktirafan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana turut menyumbang dan menaikkan imej PDRM menerusi bidang penyiaran. Antara penghargaan yang diterima beliau pada 26 Disember 1996 yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, manakala pada 31 Julai 2002 daripada Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Syed Abdul Rahman Syed Abdul Kadir. Seterusnya beliau menerima penghargaan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai pada 30 Disember 2002 dan pada 9 September 2004 daripada Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mustafa Abdullah, dan yang terbaru pada 25 Mac 2006, iaitu Anugerah Penghargaan ‘Friends Of The Police” daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Hj. Omar yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ternyata anugerah ini layak diberikan kepadanya sebagai penggiat seni yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kerjaya seni dan meninggalkan impak yang besar dalam industri hiburan. Yusof memiliki rekod cemerlang sebagai seorang karyawan yang sudah melakar banyak kejayaan dalam bidang seni baik sebagai pelakon, pengarah atau sebagai pejuang di persada seni tanah air.

Yusof yang sentiasa menerima kritikan membina berikutan filem berunsur komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi turut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat bernilai buat dirinya dan membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.

ANUGERAH

1983
Festival Filem Malaysia ke 4
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 
2001
Festival Filem Malaysia ke 15 -
Sutradara Terbaik 
2001
Festival Filem Malaysia ke 15
Cerita Terbaik 





\